Loading...

Sunday, December 11, 2011

MTE 3111_purata

2.1 PENGGUNAAN RUMUS PURATA

Terdapat dua model dalam menerangkan konsep purata di peringkat sekolah rendah.

i) Model peningkatan aras (level-up)

a) a) Guru menyediakan dua buah bekas dalam bekas A dan B untuk mengumpulkan bahan seperti cecair ( merah) dengan jumlah isipadu yang berbeza.

b) b) Guru menyuruh murid menuangkan cecair ke dalam suatu bekas yang lebih banyak isipadu (bekas A) ke dalam bekas yang kurang isipadu (bekas B) sehingga kandungan kedua-dua bekas adalah sama banyak atau sama paras isipadu cecair itu.

c) Aktiviti ini juga boleh digunakan untuk objek lain seperti gula, beras, garam bagi menunjukkan konsep peningkatan aras.

ii) Model gabung dan agih semula (combine and redistribute)

a) Dalam kumpulan kecil ( 3- 4 orang murid) , setiap murid secara bergilir-gilir mengambil segenggam dadu biru dan masukkannya ke dalam sebuah bakul yang sama untuk dikumpulkan. Kemudian dadu itu diagihkan secara sama rata kepada setiap ahli kumpulan.

b) Setiap murid akan mendapat purata bilangan dadu biru yang sama banyak .

4 comments:

  1. soalan Latihan
    1. Seorang murid telah membuat satu kesilapan semasa mencari purata tiga nombor seperti berikut :

    (12 + 8 + 4 )/3 = 9


    Nyatakan TIGA sebab mengapa kesilapan seperti ini boleh berlaku .

    ReplyDelete
  2. LATIHAN PENYELESAIAN MASALAH :

    Gina menghias 3 biji kek yang berbentuk segi empat tepat dengan menggunakan reben untuk diletakkan di sekeliling kek tersebut. Setiap kek itu berukuran 48 cm panjang dan lebarnya 32 cm .
    I) Berapa banyakkah reben yang diperlukan ?
    II) Berapakah kos yang diperlukan jika reben itu berharga RM 0.75 semeter ?

    ReplyDelete
  3. Jelaskan secara berperingkat algoritma penukaran unit ukuran dengan menggunakan :
    I. Kaedah penambahan
    II. Kaedah penolakan

    ReplyDelete
  4. Geometri

    1. Kenapa butang berbentuk bulat?
    2. Kenapa buku latihan berbentuk sisiempat?
    3. Kenapa kebanyakan jubin lantai berbentuk sisiempat?
    4. Kenapa piring nasi berbentuk bulatan

    ReplyDelete